Total Pageviews

Tuesday, April 19, 2011

AN AMATEUR'S COLLECTION - Fauna di Taman Safari Prigen

Semua foto yang diambil ini menggunakan lensa 18-270mm dari dalam bas yang sedang bergerak perlahan dan kadang-kadang pemandu berhenti untuk memberi peluang merakam foto.










Friday, April 15, 2011

SURABAYA-Ladang Apel & Waroeng Bamboe

Kota Malang. Itulah destinasi kami pada hari keempat di Surabaya. Kota yang sejauh 3 jam perjalanan ini terletak di kawasan pergunungan dan berhawa sejuk.

Setibanya di Sidoarjo, keadaan jalan raya yang sesak dengan lori-lori mengangkut barang melambatkan pergerakan bas. Di sebelah kiri jalan inilah terdapatnya kampung-kampung yang ditenggelami banjir lumpur. Banjir lumpur panas Sidoarjo atau Lumpur Lapindo adalah peristiwa penyemburan lumpur panas di lokasi penggalian PT Lapindo Brantas di desa Renokenongo, Sidoarjo sejak 27 Mei 2006. Usaha-usaha membuat benteng sedang dijalankan untuk mengelakkan lumpur tersebut menenggelamkan kampung-kampung yang lain. Tetapi agaknya setinggi mana benteng ini akan dibina bagi menampung banjir lumpur yang terus keluar kerana banyak petempatan berada di aras bawah banjir tersebut. Saya dan ahli rombongan yang lain agak terkilan sedikit kerana tidak dapat menyaksikan banjir lumpur tersebut kerana keadaan jalan yang betul-betul sesak dan kami sudah lewat menuju ke kota Batu untuk memetik epal. Mungkin lain kali jika ada kesempatan saya pasti akan melihat dengan mata sendiri keadaan banjir lumpur ini.



benteng bertingkat menahan banjir lumpur melimpah ke jalan


kerja-kerja menyekat aliran banjir lumpur

Setibanya di Kota Malang, pemandangan di kiri kanan begitu mendamaikan. Kawasan hijau dan rumah-rumah dibina berlatarbelakangkan kawasan pergunungan. Pokok-pokok bunga dan buah-buahan tumbuh dengan subur. Kami perlu menaiki van yang disediakan oleh pihak ladang epal untuk menuju ke kebun epal. Kami akan memetik epal di Wisata Petik Apel Makmur Abadi. Sampai sahaja di kawasan ladang, kami begitu teruja melihatkan pokok-pokok epal yang rendang dan berbuah lebat. Pokoknya yang rendah memudahkan buah dicapai. Kedatangan kami disambut dengan welcome drink sari epal.


Kota Batu, Malang



menuju van yang sedia menanti




ladang epal hanya dipagar dengan buluh


Di sini kami dibenarkan makan epal sepuasnya. Tetapi jika mahu dibawa pulang, epal tersebut dijual Rp9,000 sekilogram. Apalagi, berkilo-kilo epal diborong sebagai buah tangan. Teksturnya yang rangup dan rasanya yang tidak begitu manis membuatkan kami semua memetik dari pokok ke pokok untuk merasa buah yang berlainan. Terdapat 4 jenis epal yang ditanam di sini iaitu Romeo Beauty, Granny Smith, Anna dan Hwang Lien. Buah-buah ini boleh dibezakan jenisnya mengikut saiz dan warna.





my best friend noni and her husband


60mm


270mm








masa balik sahaja boleh bergambar ramai sebab sebelum itu semua
sibuk berposing, makan dan memetik epal

Selain memetik dan memakan buah epal, kami juga memberikan pelbagai pose dan aksi untuk merakamkan foto kenangan ketika di sini. Antara berposing, makan epal dan memetik epal menyebabkan kami tidak sedar masa berlalu begitu pantas untuk kami berada di sini. Kami menuju semula ke van tadi untuk membawa kami semula ke bas. Agenda seterusnya ialah makan tengahari.

Lokasi makan tengahari kami masih lagi di daerah yang sama iaitu di Waroeng Bamboe. Kedudukannya yang terletak di celah-celah rumah penduduk nampak biasa sahaja dari luar. Binaan tempat makan daripada buluh ini menyerlahkan keistimewaanya apabila kami melangkah masuk ke bahagian yang menempatkan meja makannya. Suasananya betul-betul seperti bersantai sambil makan sambil menikmati deruan air terjun dari saluran buluh.


Sebelum makanan dihidangkan, kami semua melihat sambil memberi makan ikan-ikan berwarna-warni di dalam kolam. Kami semua begitu asyik dengan suasana sebegini kerana konsep makan sambil bersantai ini merupakan suatu idea yang kreatif. Rasanya saya tidak pernah lagi menikmati konsep makan seperti ini di negara sendiri.






jus durian belanda


menu: ikan celup tepung, ikan masam manis, ikan bakar




menikmati makan tengahari di tepi kolam





leka memberi ikan makan


ikan boleh dipegang






Setelah puas bermain dengan ikan dan perut pun kenyang, kami meninggalkan Waroeng Bamboe yang unik ini menuju pula ke kaki gunung Arjuna bagi melihat binatang-binatang di Taman Safari II, Pringen, Pasuruan.