Total Pageviews

Friday, June 17, 2011

BENGKEL POTRET di TASIK PERDANA




Jika sebelum ini saya pergi dengan anak-anak murid untuk belajar fotografi, kali ini saya pergi pula dengan kawan sekerja, Zai dan Khairul yang sama-sama meminati bidang fotografi. Lokasi kali ini masih lagi di Tasik Perdana anjuran Cikgu Adhadi Mohd. Hampir 200 orang yang hadir kali ini berbanding sebelumnya. Untuk bengkel kali ini, model disediakan tanpa kami perlu membayar satu sen pun sedangkan ilmu yang dikutip amatlah banyak. Terima kasih cikgu Adhadi dan photog lain yang terer, jurumekap dan juga model.

Bagi kami yang perempuan mendapat model lelaki. Nandang namanya. Senang nak bekerja dengan dia ni. Arahkan sahaja apa aksi yang dikehendaki semua diikutnya.Suruh berbaring dia baring...suruh berdiri balik pokok dia buat.... sampaikan bajunya penuh kerengga.

semua nak tolong membuang kerengga yang merayap...


Ini adalah antara aksi-aksi Nandang yang dapat saya shoot....layan..







Setelah habis mengklik aksi-aksi Nandang, saya pergi menyibukkan diri ke kumpulan lain pulak yang mendapat model pengantin. Inilah hasilnya... first time dapat shoot gambar pengantin..huhu..






Kesimpulannya, saya memang berpuas hati dengan bengkel kali ini. Selain mendapat ilmu, saya juga dapat menambah kenalan.