Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

THIS IS TONLE SAP LAKE

Cambodia's Great Lake, the Tonle Sap is the most prominent feature on the map of Cambodia in the wet season, the Tonle Sap is one of the largest freshwater lakes in Asia. From the photos I've taken, you can see what is Tonle Sap.



















JALAN-JALAN CAMBODIA DAY 2 - Phnom Penh to Siem Reap

Tepat jam 7.00 pagi rombongan CikMah meninggalkan Hotel Hometown untuk menuju ke Siem Reap yang mengambil masa 5 jam perjalanan. Sebelum bertolak, kami singgah sarapan dulu di Hotel Puncak yang pemiliknya orang Malaysia. Kami dihidangkan dengan roti, mi goreng, nasi goreng, buah-buahan, teh dan kopi. Masakannya boleh diterima tekak...janji kenyang sebab nak duduk lama dalam bas. Lagipun bukan boleh beli sebarangan kat sini takut tak terjamin kehalalannya.

Makanan CikMah sebelum bertolak ke Siem Reap

Sejam perjalanan, kami singgah dahulu di Kampung Kandal melawat masyarakat Muslim Cambodia.(Boleh baca dalam entry sebelum ni...)

Di Cambodia ni tiada lebuhraya cuma jalan raya biasa dua hala yang permukaannya tidak rata dan berlubang-lubang. Sepanjang perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap kami disajikan dengan pemandangan sawah padi, tasik dan perkampungan. Jalannya lurus dan tiada selekoh atau melalui kawasan hutan cuma keadaan jalan yang tidak elok menyebabkan kami terhentak-hentak di dalam bas. Walaupun drebar bas membawa bas dengan laju tapi sudah terlalu lama rasanya kami duduk di dalam bas. Ketika ini perkampungan di sepanjang jalan Cambodia masih lagi digenangi air banjir walaupun sudah 3 bulan berlalu. Penduduk-penduduk membina bangsal di tepi jalan kerana kawasan rumah mereka ditenggelami air.Aktiviti harian seperti memasak dan tidur dilakukan di tepi jalan. Kalau nak mandi pula, mereka mandi dalam air banjir bersama-sama dengan binatang ternakan. Selain tempat tidur, binatang-binatang ternakan seperti lembu dan vavi juga diletakkan di tepi jalan.



PEMANDANGAN DI SEPAJANG JALAN

Rumah orang Cambodia


Bas berheti sekejap sebab kami nak ke tandas...pemandangan biasa di sini...
ramai peminta sedekah....


Rumah yang ditenggelami banjir..nasib air tak naik atas jalan...


Rombongan CikMah berhenti di kawasan RnR yang tak layak dipanggil RnR pun sebab kawasan ini dilanda banjir dan kami terpaksa meniti laluan yang dibuat untuk ke tandas. Tiada apa di sini kecuali tandas yang tidak berair dan tempat menjual cenderamata. Sesiapa yang nak buang air kena cedok air banjir agaknya...hmm...


Mercu tanda kawasan RnR di Cambodia


Inilah kawasan RnR di Cambodia..masih digenangi air banjir...
kena lalu titi untuk menuju ke tandas


Sempat lagi posing...nak menuju semula ke bas..
tak jadi buang air sebab air tak ada...


Dalam bas...dekat lorong pun letak seat....


Kami tiba di Phnom Penh pukul 3.00 petang dan terus menuju ke D'Wau Restaurant untuk makan tengahari. Selama 3 hari di sini, inilah tempat makan kami... kami tak kisah bab makan ni janji halal dan bersih. Lagipun masakannya sedap dan menepati selera.


Menu tengahari tomyam, ikan masam manis, sayur kangkung.....


Ni mangkuk tomyang udang galah CikMah...mmmm sedap...



Lokasi D'Wau Restaurant berselahan dengan Hotel Sorphoun Villa


Selesai makan, kami menuju ke Bun Seda Hotel yang terletak bersebelahan dengan Siem Reap Night Market. Sejam saja kami di bilik, kami meneruskan perjalanan ke tasik Tonle Sap, salah satu tasik air tawar yang terbesar di Asia. Jarak dari hotel ke Tonle Sap lebih kurang 15 minit tetapi disebabkan jalannya yang rosak akibat banjir, masa yang lebih lama diambil untuk sampai.

Sampai saja di tasik ini kami terus menuju ke bot yang telah sedia menunggu. Harga tiket masuk sekali dalam pakej.


Tempat menjual tiket


On board....


Mr. Ran- tour guide di Siem Reap...pemalu orangnya...


CikMah dengan cik abang berlatarbelakangkan air tasik Tonle Sap...dulu masa sekolah selalu dengar nama tasik ni masa belajar Geografi....sekarang dapat tengok sendiri tasiknya:)


kat sini pun ada kandang vavi....


menikmati keindahan tasik


Welcome...crocodile farm di atas tasik...


singgah sekejap nak tengok buaya...


buaya yang diternak dikurung dalam sangkar..


posing lagi...suka dapat tengok buaya...


dah nak balik untuk dinner time...

Selesai sahaja menikmati keindahan Tasik Tonle Sap, kami menuju ke D'Wau untuk makan malam. Selepas tu kami pulang ke hotel, buat apa-apa yang patut sebelum mengatur langkah ke Siem Reap night market yang terletak bersebelahan dengan hotel.


menu makan malam


peta night market



cik abang tengah bargain nak dapat harga paling rendah..last2 tak beli sebab
amoi tu tak nak bagi...


Banyak lukisan yang cantik...CikMah beli satu dengan harga 10 dolar(RM33)...
balik letak frame sendiri...kalau nak sekali dengan frame 12 dolar...CikMah kata tak
payah sebab susah nak bawa balik takut rosak...


Sambil pujuk penjual tu suruh bagi harga murah sempat lagi tengok kamera.....

Malam pertama di sini, Cik Mah dapatlah shopping t-shirt dengan harga 3 dolar, pashmina pun 3 dolar, selendang 3 helai 10 dolar, fridge magnet 6 keping 10 dolar...kat sini barang lebih mahal kalau banding dengan Phnom Penh.....dah tak tau nak beli apa lagi...CikMah pun balik ke hotel. Esok satu hari nak melawat Angkor Wat. Nanti sambung entry dengan gambar-gambar Tasik Tonle Sap....

Friday, December 30, 2011

JALAN-JALAN CAMBODIA - Day 1

Kali ni CikMah and the geng jalan-jalan lagi. Destinasi kami Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia. Tiket AA dah booking sejak bulan Februari lagi. Lama juga nak menunggu munculnya hujung bulan Oktober. Nasib baik perjalanan kami dapat diteruskan walaupun ketika itu negara-negara IndoChina ni dah berbulan-bulan dilanda banjir termasuk Cambodia. Tapi, ejen yang menguruskan perjalanan kami di Cambodia kata ok, maka sampailah kami di negara tersebut.

Seperti sebelumnya juga, trip kami kali ni naik flight yang berasingan sebab nak dapatkan tiket yang murah. Group pertama bertolak pukul 6.45 pagi manakala grup kedua termasuklah CikMah bertolak pukul 3.00 petang. Perjalanan ambil masa lebih kurang dua jam. Seperti juga Indonesia, Cambodia lewat sejam dari Malaysia. AA kali ni memang on time. Urusan imigresen di airport Phnom Penh berjalan dengan lancar. Tour guide, Mr. Nafine Min dah sedia menunggu dengan kad yang tertera nama CikMah. Cik Mah berurusan dengan Nafine ni sejak bulan Jun lagi untuk mendapatkan harga terbaik bagi rombongan CikMah. Nafine ni siap telefon lagi nak confirmkan tentang itineary dan hal-hal lain demi memuaskan hati pelanggan. Next entry CikMah cerita lagi pasal Nafine ni...

Selamba aje famili ni duduk belakang trak lepas hantar keluarganya naik
flight ke Mekah...pemandangan biasa kat sini...


Salah satu pengangkutan awam di Cambodia


Bas yang membawa rombongan Cik Mah..


Dah sampai Phnom Penh, kami dibawa terus ke hotel penginapan...Home Town Hotel. Grup yang pertama dah sedia menunggu...ready nak pergi makan malam. Famili CikMah yang ramai ni dapat bilik di tingkat 4. Mak aihh..lif tak ada pulak...tangganya punyalah curam....Nasiblah pekerja hotel tu tolong angkat beg....Dah simpan beg turun semula sebab nak pergi dinner dengan grup yang pertama tadi.


Tangga hotel yang curam...(gambar ehsan ZZphoto)


Kedai-kedai di hadapan Hotel Hometown


CikNoni di hadapan Hotel Hometown...mcm rumah kedai aje...
kalau kat Malaysia taraf rumah tumpangan ni...

Makan malam CikMah di Cafe Malaya. Nak tau pasal hotel dan restoran, google sendiri lah ye...Menu wajibnya nasi...lauk pauk lebih kurang kat tempat kita juga..ada ikan, ayam, sayur, sup dan sambal belacan. Ok jugalah makanan kat Cafe Malaya ni. Lepas makan terus balik ke hotel untuk berehat sebab esok nak memulakan perjalanan yang jauh. Tapi CikMah tak terus tidur, CikMah pergi urut tapak kaki dulu...sebelah hotel aje..1 jam 5 dolar...oklah tu..kalau kat KL mau 40-50 hengget sejam. Sampai terlena-lena CikMah kena urut....dah siap terus masuk bilik..nak ready untuk perjalanan esok pulak.


Cafe Malaya...cicak tu tak hidup ye...


Senyum sebab dah kenyang...


Rombongan CikMah sedang menjamu selera