Total Pageviews

Friday, February 4, 2011

Pandu Cermat Akhirnya Dilanggar Juga...

Setiap hari akhbar akan menyiarkan berita kemalangan ngeri yang meragut nyawa pengguna jalan raya. Pelbagai reaksi dapat dilihat apabila kemalangan tersebut menyebabkan lebih daripada satu nyawa yang melayang. Siapakah yang patut disalahkan? Orang yang melanggar atau yang kena langgar?
Aku turut mengalami perkara yang sama .Peristiwa dilanggar ketika balik dari sekolah di hadapan sekolah sendiri berlaku pada hari Jumaat ketika kesibukan melanda di hadapan pintu pagar sekolah.Walaupun tiada yang cedera, kehilangan nyawa atau kerosakan yang teruk, namun sikap pemandu yang seperti inilah yang perlu diubah.
Selepas dilanggar,tentulah kita berasa terkejut dan tergamam.Selepas itu timbul pula rasa marah. Begitu juga dengan orang yang melanggar. Dia pulak yang nak marah kita.Tup..tup..yang melanggar itu adalah anak murid sendiri, di hadapan sekolah sendiri dan anak murid yang pernah diajar.
Kami berhenti di tepi dengan disaksikan oleh banyak mata yang memandang. Apa yang didengar,..."kereta cikgu kena langgarlah", "laa..cikgu ke?"Antara nak marah dengan tidak.Yalah..anak murid sendiri yang langgar. Sudahlah pakai baju biasa, kata cikgu yang masuk ke kelasnya pada waktu terakhir,budak ni dah tiada di dalam kelas. Maksudnya seronglah tu. Tak pakai topi keledar, bawa pula laju, motor pinjam lagi...tak ada lesen pulak tu. Geramnya..dah berapa kesalahan dah budak ni. Agaknya dia nak menunjuk-nunjukan kehebatannya menunggang motosikal di hadapan kawan-kawannya. Hah, padan muka! Kereta cikgu jadi mangsa. Nak kata apa..marah memanglah marah.
Dengan tangan yang masih lagi ketar-ketar aku tangkap gambar cermin sisi yang patah, muka budak yang melanggar (tak boleh tunjuk) dan gambar motor yang dipinjamnya. Nasib baiklah anak murid sendiri yang langgar. Senang nak cari minta gantirugi. Dan dia pun mengaku kesalahannya dan berjanji akan bayar. Aku pun terus pergi ke kedai membaiki kereta.Yalah.. takkan nak pakai satu cermin sisi....pakai dua pun kena langgar. Sampai di kedai, mekanik tu tak cakap apa dah..kena tukar baru RM200.00 dan lagi RM15.00 upah pasang.Kalau nak cat...lain pulak upahnya.Adusss....sekejap aje duit terbang. Ketika artikel ini ditulis, baru dapat separuh bayaran. RM15.00 tu kira diskaun.
Kesimpulannya, kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Walaupun secermat mana kita memandu dan mengikut segala peraturan, pasti ada manusia macam ini yang akan menyusahkan orang lain. BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU!

Thursday, February 3, 2011

Ketam black Pepper versi CikMah


Rasanya ramai yang menggemari makanan ini.Kalau pergi ke mana-mana restoran makanan laut,pasti hidangan ini menjadi pilihan.Tapi mak aihh...harganya tak berbaloi langsung dengan hidangan yang dipesan. Ada yang terlebih lada hitam, tak ada rasa langsung dan pelbagai lagilah.Di sini saya perturunkan resepi ketam black pepper versi sendiri ikut selera.Itu pun apabila rajin memasak atau teringin nak makan ketam. Kalau di kedai mahu melayang beratus-ratus setakat nak makan seekor dua ketam ni..

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam (potong 2 jadi 8)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 biji telur
2 camb. lada hitam
sedikit lobak merah
sedikit bunga kobis
1 biji cili benggala

Cara:
1.Ketam dilumur dengan kunyit,garam dan tepung jagung.
2.Goreng ketam tersebut sehingga masak, kemudian diangkat dan ketepikan.
3.Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong.
4. Masukkan serbuk lada hitam diikuti dengan cili benggala.
5.Masukkan bunga kobis dan lobak merah diikuti dengan ketam yang digoreng tadi.
6.Pecahkan telur, kacau dan perasakan dengan sos tiram.Siap dan boleh dimakan.Senangkan!